Apa Trending di Malaysian General Election 2018 | MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.

Advertisement

hicore

Apa Trending di Malaysian General Election 2018


PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebut-sebut sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum.

Malah, PRU14 kali ini juga dikatakan sebagai pilihan raya Facebook, pilihan raya YouTube dan banyak lagi.

Ini kerana platform media sosial dipilih sebagai medium utama dalam menyampaikan segala maklumat, fakta dan segala hal berkaitan proses pilihan raya.

Ia termasuk kempen secara halus yang digunakan jentera parti menerusi aplikasi pesanan ringkas, Whatsapp. 

Berikut merupakan antara lima topik terhangat yang menjadi bualan netizen di semua platform media sosial;
1) Hari Pembubaran Parlimen – Pada 6 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan parlimen secara rasmi dibubarkan pada 7 April (Sabtu).  Susulan pengumuman tersebut, netizen serta-merta memuat naik pelbagai status di laman media sosial mereka sambil berteka-teki dengan tarikh rasmi PRU14 terutamanya Hari Pengundian.

Hashtag #TerimaKasihYB juga menjadi antara hashtag yang trending di mana netizen mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih mereka kepada wakil rakyat mereka.

2) SPR umum tarikh PRU14 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 antaranya Hari Penamaan Calon pada 28 April, Tarikh Undi Pos pada 5 Mei dan tarikh rasmi dan hari mengundi jatuh pada 9 Mei iaitu hari Rabu.

Pengumuman tarikh mengundi yang jatuh pada Rabu juga mencetuskan perbualan hangat di laman media sosial susulan ramai yang tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut kerana ramai yang bekerja dan sukar untuk mendapatkan cuti bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

3) #CarpoolGE14 – Satu gerakan diwujudkan di Twitter bagi membolehkan orang ramai pulang mengundi walau hari penting itu jatuh pada hari Rabu.

Ia merupakan satu usaha membolehkan netizen bergerak pulang bersama-sama ke Pusat Daftar Pemilih (PDM) masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mereka walau di mana sahaja lokasinya.

Hashtag gerakan ini menjadi trending dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan netizen.

4) PPBM bertanding guna loga PKR – Antara yang menjadi bualan hangat juga adalah sewaktu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 5 April beberapa hari sebelum parlimen dibubar.

Ini memaksa PPBM menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU14.

5) Hari Penamaan Calon PRU14 – 28 April (Sabtu) merupakan Hari Penamaan Calon bagi kesemua parlimen dan DUN seluruh negara.

Menerusi hashtag #nominationday pelbagai gambar, ragam dan aksi dikongsi oleh wakil-wakil parti yang bertanding memperlihatkan semangat mereka membawa perjuangan masing-masing ke pusat pandaftaran.

Antara yang menarik perhatian semestinya perkongsian oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak.


0 comments:

Catat Ulasan

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel