MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru. - Malaysia MalaysiaBaru.org - Membina Malaysia Baru.: Malaysia - All Post

Advertisement

hicore
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap ke atas pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor serta orang perseorangan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, tindakan tegas terhadap pemeras ugut terbabit akan dibuat mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 dan Akta Pertubuhan 1966.
“Sehubungan itu, kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada pihak polis menerusi talian hotline yang telah diwujudkan di seluruh negara atau kepada Unit Pencegahan Kongsi Gelap Bukit Aman menerusi aplikasi Whatsapp di talian 011-12277478,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nombor talian hotline / aplikasi Whatsapp bagi semua kontinjen adalah seperti berikut:
Bil. Kontinjen No. Talian Hotline
  1. Perlis 018-9409255
  2. Kedah 011-58914020
  3. Pulau Pinang 018-9714508
  4. Perak 011-39590439
  5. Selangor 017-2847611
  6. Kuala Lumpur 017-2035767
  7. Negeri Sembilan 018-6495106
  8. Melaka 017-8847470
  9. Johor 013-6052467
  10. Pahang 010-2266558
  11. Terengganu 013-9391347
  12. Kelantan 016-3521277
  13. Sabah 013-8928228
  14. Sarawak 013-5253052
  15. Bukit Aman 011-12277478

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia sedia membantu meringankan beban rakyat Indonesia berikutan tsunami yang melanda sekitar pantai di Selat Sunda, Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten, Indonesia yang sekurang-kurangnya telah mengorbankan 20 nyawa.

“Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia,” katanya di laman Twitter beliau, hari ini.

Seramai 20 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata mangsa yang terkorban khususnya berlaku di Kabupaten Pandeglang, Lampung Selatan dan Serang.

Setakat 4.30 pagi tadi (Waktu Indonesia Barat), 20 maut, 165 orang cedera, dua dilaporkan hilang dan puluhan bangunan rosak akibat kejadian itu. - Bernama
Pelancaran Proton X70
Harga kereta nasional, Proton yang amat dinanti-nantikan iaitu Proton X70, akhirnya diumumkan dan bermula pada harga RM100,000.

Kereta utiliti sukan pertama Proton dengan sistem pacuan dua roda (Standard 2WD) berharga RM99,800; RM109,800 (Eksekutif 2WD); RM115,800 (Eksekutif AWD - pacuan semua roda); dan RM123,800 (Premium 2WD).

1.8 TGDi Standard 2WD: RM99,800
1.8 TGDi Executive 2WD: RM109,800
1.8 TGDi Executive AWD: RM115,800
1.8 TGDi Premium 2WD: RM123,800
 
Semua harga atas jalan, tanpa insurans.

Harga kenderaan tersebut adalah sama di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
 
Sebagai perbandingan Geely Boyue dijual pada harga RM68,500 di China. 
 
Proton X70 ialah Geely Boyue rebadged. Foto: Geely Boyue
 
 Spesifikasi Enjin:
 
Proton X70 menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 185PS 1.8 Turbocharged 
 
Harga Proton X70 diumumkan pada majlis pelancaran model terbaharu itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Ia merupakan kenderaan SUV yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah automotif Malaysia, dengan lebih 10,000 tempahan diterima pada akhir Oktober 2018.

Model ini merupakan kerjasama pertama antara Proton dan pembuat kereta China, Geely.
 
* Tiada apa yang nak dibanggakan dengan model kereta rebadged ini. Sampai bila Proton hanya akan keluarkan produk rebadged. Memang nak keluarkan model kereta sendiri 100% menelan belanja yang tinggi, namun purposed Proton ini diwujudkan ialah sebagai katalis dan vehicle engineering & manufacturing tempatan. Sudah tiba masa untuk keluarkan body, casis, enjin keluaran 100% tempatan dengan rekaan tempatan.  
 
Sebab itu niat Tun Mahathir untuk wujudkan projek kereta nasional yang baharu patut dipuji kerana
starting from blank paper ialah cara terbaik untuk develop kereta nasional masa depan yang berfokus kepada tenaga boleh baharu dan autonomous driving supaya boleh bersaing dengan syarikat kereta antarabangsa.
 


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa bimbangnya terhadap segelintir masyarakat masa kini yang dilihatnya tidak lagi segan atau malu dengan pemberian dan penerimaan rasuah.

Katanya, perbuatan 'memperasuahan' kerap dilakukan dalam masyarakat sehingga menjadi sebahagian dari budaya mereka terutama dikalangan orang Melayu.

"Mereka yang mengamal rasuah akan menyembunyi perbuatan mereka kerana sedar yang ia adalah sesuatu amalan yang salah di sisi undang-undang dan agama juga.
"Tetapi apabila masyarakat terima amalan rasuah sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima," kata beliau dalam catatan terbaharu di blognya www.chedet.com, pada Rabu malam.

Menurut Dr Mahathir, di zaman pemerintahan yang percaya cash is king atau 'wang adalah raja', pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu dari nilai hidup mereka.

"Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati. Soal baik buruk sesuatu yang diberi atau diarah tidak termasuk dalam pertimbangan.


"Percanggahan dengan undang-undang, bahkan berdosa dari segi agama tidak diambil kira. Yang diutamakan ialah pendapatan yang memuaskan nafsu," katanya.

Jelasnya, golongan itu sedar bahawa perbuatan menyogok dan menerima rasuah itu tidak baik dan dilarang, namun disebabkan nafsu dan wang, mereka menerima sahaja tanpa memikirkan kesan buruknya terhadap masyarakat.

"Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah," tambahnya. - Awani

KUALA LUMPUR: Pemain sayap naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh percaya penonton akan memberi motivasi kepada skuad bola sepak negara untuk meraih kemenangan apabila Malaysia menghadapi juara bertahan Piala AFF Suzuki, Thailand di separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Peruntukan 80,000 tiket oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan itu dilaporkan telah habis dijual.

"Saya berasa agak yakin dan teruja bahawa ramai orang akan turun dan ia sememangnya merupakan satu rangsangan tambahan untuk saya dan semua pemain untuk memberikan yang terbaik kepada lawan kami," katanya pada sidang akhbar sebelum perlawanan, hari ini.

Pada catatan lain, pemain Pahang tersebut tidak peduli tentang kemarau golnya dalam kejohanan dwitahunan itu, tetapi bersedia untuk mempamer prestasi cemerlang dihadapan penonton.

"Saya mahu membantu pasukan untuk menang, itu lebih penting dan jika saya berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan esok, ia akan menjadi bonus untuk saya," tambah Sumareh.

Bek kiri Thailand, Korrakot Wiriyaudomsiri, mengatakan skuad Gajah Perang bersedia memberikan yang terbaik dalam perlawanan esok.

"Kami sangat fit, bersedia untuk perlawanan esok dan diharapkan ia akan menjadi hari yang bertuah bagi kami untuk mencatat kemenangan," kata pemain Buriram United itu.

Perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Rajamangala di Bangkok pada 5 Dis. - Bernama

Pelanggan Telekom Malaysia (TM) sekarang boleh menyemak status peningkatan Turbo mereka, dan mereka yang telah dinaik taraf dapat memeriksa sama ada peralatan mereka yang sedia ada akan menyokong kelajuan yang lebih pantas.

Untuk memeriksa, pergi ke laman web Unifi dan log masuk ke akaun anda dan klik pada Nama Pengguna anda di penjuru kanan sebelah atas. Dalam menu lungsur yang muncul, pilih Status Turbo.

Sekiranya anda belum dinaik taraf, anda akan melihat Pakej Permulaan Baru yang akan dipaparkan apabila anda akan mendapat peningkatan. Malangnya, ia tidak memberikan tarikh yang tepat tetapi pelbagai - contohnya, ia mungkin mengatakan pelan anda akan ditingkatkan antara Oktober dan Disember 2018.

Peningkatan Turbo TM akan menembusi 20Mbps (megabit sesaat) atau pelanggan yang lebih rendah ke 100Mbps, 30Mbps ke 300Mbps, 50Mbps ke 500Mbps, dan 100Mbps ke 800Mbps.


Pengguna yang telah dinaik taraf akan melihat kelajuan baharu mereka dipaparkan di atas dan butang Semak di bahagian bawah.

Klik pada butang Semak untuk mengetahui sama ada modem dan router anda boleh mengendalikan kelajuan baharu. Jika tidak, TM akan menawarkan untuk menggantikan peralatan.

Pengguna juga boleh menyemak pautan ini untuk mengetahui cara mengoptimumkan peningkatan Turbo Speed ​​mereka sehingga mereka mendapat pengalaman penuh.

Berikutan pelaksanaan Standard Mandatori pada Harga Akses pada bulan Jun, TM telah memperkenalkan dua rancangan baru pada harga yang lebih berpatutan.

Pelan yang ditawarkan adalah Unifi Basic 30Mbps untuk RM79 sebulan dan Unifi Pro 100Mbps untuk RM129 sebulan.



Bekas Perdana Menteri Najib Razak boleh dianggap sebagai pengkhinat negara jika terbukti beliau mengarahkan pindaan semula laporan jawatankuasa parlimen mengenai 1MDB, kata akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.

Pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini berkata mereka yang terlibat jika benar-benar berlaku telah melakukan pengkhianatan tertinggi yang mencalar wibawa perkhidmatan awam.

“Bagi Awang, sekiranya ia benar-benar berlaku, ini merupakan satu pengkhianatan tertinggi ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat kepada Najib dan para penjawat awam.

“Lebih-lebih lagi sebagai penjawat awam yang termaktub dengan sumpah dan janji perkhidmatan, mereka yang terlibat telah mencalar dan menconteng arang kepada imej perkhidmatan awam,” kata lidah pengarang akhbar itu.

Dua hari lalu, Utusan menerbitkan berita yang menyebut laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016 telah “dipinda” atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Ketua Audit Negara Sahkan

Memetik sumber, akhbar harian milik UMNO itu melaporkan pindaan yang melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

“Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

“Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

“Sumber tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB,” lapor akhbar itu.

Hari ini, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan hal ini dalam suatu kenyataannya.

Katanya, selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB.

Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak. Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Shukry Salleh dan bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang.

Tidak boleh dinafikan bahawa maksiat tertutup seperti berkhalwat di hotel amat berleluasa di Malaysia. Jika diharapkan kepada pihak kerajaan, mereka adalah reaktif dan bertindak atas laporan awam. Tapi apakah cara yang paling berkesan untuk mencegah perkara ini dari terus melarat dan sampai ke tahap menjadi kebiasaan?

Di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an ketika kemuncak perkauman, telah terbit satu kumpulan iaitu Parti Black Panther untuk Pertahanan Sendiri, parti revolusioner kulit hitam Amerika, yang ditubuhkan pada tahun 1966 di Oakland, California, oleh Huey Newton dan Bobby Seale. Tujuan asal parti adalah untuk meronda kejiranan kulit hitam Amerika untuk melindungi penduduk dari tindakan kekejaman polis.

Apa yang boleh dikait tentang dua kumpulan ini ialah niat mereka amat murni iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebaikan di dalam masyarakat yang sedang rosak. Tapi persoalannya adakah ia dibenarkan dalam Islam dan adakah ia sesuai di Malaysia?

Skuad Badar mendakwa kumpulan berkenaan tidak melanggar undang-undang dalam menjalankan kegiatan mencegah kemungkaran dalam kalangan umat Islam.

Pengasasnya, Azhar Mohamad, berkata sejak dua tahun menjalankan kegiatan seperti menahan pasangan berkhalwat, pihaknya tidak pernah dipanggil atau ditahan pihak berkuasa.


“Skuad Badar diwujudkan untuk memelihara anak bangsa yang semakin hari semakin mencabar. Kami bertindak bukan melanggar undang-undang tetapi atas dasar manusia.

“Kalau kami langgar undang-undang sudah tentu ada laporan dibuat dan kami sudah lama ditahan polis. Malah setiap operasi yang dijalankan kami hebahkan di Facebook,” katanya ketika sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, dalam kenyataannya hari ini, mendakwa pertubuhan itu melanggar undang-undang dan mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti mereka dihentikan.

Latheefa mendakwa, ahli Skuad Badar menyamar menjadi pihak berkuasa ketika melakukan pemeriksaan di hotel selain mendakwa mendapat keizinan pihak pengurusan masjid bagi mengganggu kehidupan peribadi individu.

Azhar berkata, beliau sedia berjumpa mana-mana pihak termasuk Latheefa sendiri bagi membincangkan isu berkenaan.

“Saya terkilan dan kecewa…saya lakukan ini demi agama dan bangsa. Tetapi ada kalangan yang beragama Islam mempertikaikan kegiatan mencegah kemungkaran ini.

“Mereka hanya tahu menulis, meluahkan perasaan di media. Mereka sanggup tengok anak bangsa mereka berzina. Kami lakukan untuk menegakkan syiar Islam, demi agama…bukan kerana wang ringgit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata pihaknya sentiasa memantau kegiatan yang dijalankan kumpulan berkenaan.

“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak atau individu yang didakwa menjadi mangsa kumpulan ini. Jika ada kita akan ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata beliau sudah menetapkan Ahad ini bagi pertemuan bersama ahli Skuad Badar.

“Kehadiran mereka dialu-alukan, malah saya tidak menghalang mereka. Tetapi datanglah pada jam 2.30 petang di pejabat saya kerana saya mempunyai urusan di Sik pada sebelah pagi.

“Bagaimanapun, kumpulan ini enggan memberi kerjasama dan tetap mahu mengadakan himpunan pada jam 9 pagi. Janganlah nanti kerana tidak mahu terima cadangan saya, apabila mereka datang timbul pula isu kononnya EXCO tiada,” katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

* Apa pendapat anda? Adakah kumpulan seperti Skuad Badar ini wajar atau ia termasuk dalam kata-kata Saidina Ali yang mahsyur iaitu "Niat Tak Menghalalkan Cara". Dengarkan penjelasan Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkenaan isu ini:



Kuasa cenderung untuk merosakkan

Penyelidikan baru menggali lebih mendalam ke dalam sains sosial di sebalik kenapa kuasa menjadikan sesetengah orang yang terbaik tetapi buruk pada orang lain.


"Kuasa cenderung untuk merosakkan," kata Lord Acton, sejarawan British abad ke-19. "Kekuasaaan mutlak benar-benar merosakkan." Pepatahnya telah jelas digambarkan dalam kajian psikologi, terutamanya dalam Eksperimen Penjara Stanford 1971, yang dihentikan apabila satu kumpulan pelajar sewenang-wenangnya bertugas sebagai "pengawal penjara" atas kumpulan lain dan mula menyalahgunakan wad mereka.

Tetapi kesarjanaan baru membawa kehalusan yang segar kepada pemahaman psikologi bila kuasa menyebabkan orang mengambil jalan pintas secara beretika-dan apabila ia tidak. Malah, bagi sesetengah orang, kuasa seolah-olah membawa yang terbaik. Lagipun, ramai orang baik memenangi jawatan elektif (dilantik), kata Katherine A. DeCelles, seorang profesor pengurusan di University of Toronto, dan tidak kurang eksekutif perniagaan yang mahu berbuat baik ketika mereka berjaya. "Apabila anda memberikan kuasa kepada orang yang baik," kata DeCelles, dia bertanya-tanya, adakah mereka lebih mampu daripada yang lain "melaksanakan identiti moral tersebut, untuk melakukan apa yang betul?"

Dalam satu kajian yang baru-baru ini diterbitkan dalam Journal of Applied Psychology, DeCelles dan pengarangnya mendapati bahawa jawapannya adalah Ya. Pengertian "identiti moral" manusia - sejauh mana mereka menganggap penting untuk merasakan diri mereka sebagai "penyayang," "belas kasihan," "adil," "murah hati" dan seterusnya membentuk tanggapan mereka terhadap perasaan kekuasaan .

DeCelles dan rakan-rakannya telah membangunkan skor identiti moral untuk dua kumpulan, 173 orang dewasa dan 102 mahasiswa, dengan meminta para peserta menilai betapa pentingnya sifat-sifat yang berkaitan dengan etika itu kepada mereka. Para penyelidik mempunyai beberapa peserta menulis esei yang mengingatkan kejadian di mana mereka merasa kuat, sementara yang lain menulis tentang hari-hari biasa. Kemudian peserta mengambil bahagian dalam eksperimen makmal untuk menyiasat bagaimana mereka menilai kepentingan diri terhadap kebaikan bersama.

Siswazah diberitahu mereka berkongsi 500 mata terkumpul dengan orang lain, dan mereka boleh mengambil antara sifar dan sepuluh mata untuk diri mereka sendiri. Semakin banyak mata yang mereka ambil, lebih baik kemungkinan mereka memenangi loteri $ 100. Tetapi jika mereka mengambil terlalu banyak - tidak ada cara untuk mengetahui apa titik hujung - pot mata akan kosong dan loteri akan dibatalkan.

Peserta yang baru sahaja menulis mengenai hari biasa masing-masing mengambil kira-kira 6.5 mata, tanpa mengira skor identiti moral mereka. Tetapi di antara mereka yang telah bersedia untuk memikirkan diri mereka yang berkuasa, orang yang mempunyai skor identiti moral yang rendah meraih 7.5 mata dan mereka yang mempunyai skor identiti moral tinggi hanya mengambil kira-kira 5.5.

Dalam tinjauan, kumpulan terakhir menunjukkan pemahaman yang lebih besar tentang bagaimana tindakan mereka akan mempengaruhi orang lain, yang merupakan mekanisme penting, kata DeCelles. Kuasa membawa mereka untuk mengambil perspektif berpusat yang lebih luas dan lebih komunal.

Percubaan yang melibatkan orang dewasa mendapati hubungan yang sama antara identiti moral, tingkah laku etika dan agresif semula jadi. Orang-orang yang tegas yang mendapat markah rendah pada skala identiti moral lebih cenderung mengatakan bahawa mereka akan menipu majikan mereka berbanding dengan jenis pasif yang mempunyai skor identiti moral yang serupa. Tetapi di antara mereka yang mempunyai skor identiti moral yang tinggi, orang yang tegas kurang cenderung untuk menipu.

Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati, kuasa tidak merosakkan; ia meningkatkan kecenderungan etika yang sedia ada. Tetapi eksperimen makmal terkawal seperti ini jarang tepat mekanismenya untuk replikasi situasi dalam dunia sebenar. Yang mengingatkan pepatah lain, dari Abraham Lincoln: "Hampir semua manusia boleh tahan menghadapi kesulitan, tetapi jika anda ingin menguji karakter manusia, beri dia kuasa."

1) Semak Nombor Akaun Bank / Telefon Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia.

Laman web - http://ccid.rmp.gov.my/semakmule



2) eAduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem eAduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web - https://eaduan.kpdnkk.gov.my    Email : [email protected]



3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Whatsapp : 016-220 6262    Email : [email protected]



4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my    Tel : 03-8882 5822



5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web: http://www.nccc.org.my     Tel: 03-7803 6000



6) Sistem Pengurusan Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Satu platform untuk orang ramai membuat aduan online berhubung kes rasuah. Ianya dibangunkan khusus untuk diguna pakai oleh SPRM bagi menapis dan mengelaskan setiap aduan mengikut kumpulan status sebelum dihantar ke sistem CRIS bagi tujuan penyiasatan, risikan atau pendakwaan.

Laman web: http://portaladuan.sprm.gov.my




~ Sila komen di ruangan komen di bawah berkenaan penipuan online yang anda alami.

CYBERJAYA, 4 Okt - Projek Kereta Kebangsaan Baru (NNCP) akan memperkenalkan model pertamanya di bawah dua tahun, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan berkata kereta pertama mungkin tiba sebelum 2020 kerana model "gangguan" yang dirancang untuk projek itu.

"Ini kerana kami tidak bermula dari sifar dan kami berhasrat menggunakan infrastruktur sedia ada untuk mengeluarkan kereta," katanya pada taklimat media mengenai NNCP di sini hari ini.

Mohd Redzuan berkata projek kereta kebangsaan akan dibiayai secara persendirian, dengan agensi kerajaan dan persekutuan menyediakan "ekosistem "nya.

Beliau berkata kereta itu akan menjadi separa autonomi dan akan diilhamkan oleh cadangan daripada belia.

"Kami berhasrat untuk membuat projek yang semua orang bangga. Ia adalah produk yang dibuat oleh Malaysia untuk pasaran global, "katanya.



Beliau mengakui kritikan awam terhadap projek itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun, tetapi berkata negara itu harus berani.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (Might) Datuk Mohd Yusoff Sulaiman berkata prototaip akan siap awal tahun depan.

"Kami sudah mempunyai kepakaran dan teknologi untuk menghasilkan kereta sedemikian. NNCP bertujuan untuk menjadi platform bukan hanya untuk menghasilkan kereta tetapi produk mobiliti lain seperti kereta api atau kraf pengangkutan lain, "katanya.

Oleh itu, Mohd Yusoff menjelaskan bahawa mereka sedang berbincang dengan syarikat-syarikat seperti Sillterra dan CTRM, antara lain untuk menghasilkan kereta.


*Dicadangkan supaya kerajaan Malaysia bekerjasama dengan syarikat-syarikat pakar mobiliti elektrik di US dan China seperti Tesla atau BYD kerana dalam masa 10-20 tahun lagi kereta ICE (internal combustion engine) akan digantikan sepenuhnya dengan kereta tenaga boleh baharu kerana faktor climate change dan sumber tenaga asli yang semakin berkurangan.

Berikan pendapat anda dibawah, adakah anda bersetuju diadakan syarikat kereta nasional yang baharu?



Dato Sri Shukri Abdull, Ketua Pesuruhajaya SPRM ketika ditemuramah media di Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.



"Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah... ia lebih ‘deterrent' (bersifat pencegahan),” katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad malam.

Jelasnya buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda).

"Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka akan merayu di mahkamah hingga ada yang dipenjarakan selama hanya sehari," katanya.

Tegas beliau, jenayah rasuah adalah antara punca merebaknya jenayah-jenayah lain dan seharusnya hukuman sebat tersebut dikaji secara mendalam.

"Saya serius berkenaan cadangan tersebut," katanya.

Dua hari lalu, Mohd Shukri mencadangkan kerajaan meminda akta supaya perasuah dikenakan hukuman lebih berat seperti sebatan dalam usaha memerangi rasuah habis-habisan. - Bernama


Ganja untuk perubatan seperti di atas bakal dibenarkan di Malaysia? Kredit Gambar: Health Canada

Pada 30 Ogos yang lalu, seorang lelaki berusia 29 tahun telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Namun, simpanan ganja oleh lelaki ini sebenarnya adalah untuk rawatan alternatif yang diusahakannya di mana beliau sudah merawat hampir 800 pesakit dengan kaedah ini. Ramai pihak beranggapan ianya satu hukuman yang tidak adil untuk seorang yang menggunakan ganja untuk tujuan yang baik dijatuhkan hukuman mati.

Sehubungan itu, menurut laporan oleh Bloomberg, kerajaan Malaysia sedang berkira-kira untuk membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan dan menjadi negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengatakan kabinet sedang berbincang tentang perkara ini dan mungkin akan menggubal kembali undang-undang tentang penggunaan ganja dalam perubatan.

Namun, Xavier menambah untuk mendapatkan sokongan tentang usul ini akan mengambil masa dan sokongan daripada ahli kabinet yang lain.

“Ianya akan memerlukan sokongan. Pandangan peribadi saya jika ianya ada nilai perubatan, ianya perlu menjadi barangan kawalan dan boleh digunakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubatan preskripsi,” kata Xavier.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menyemak semula undang-undang yang berkaitan ganja dalam perubatan.

Negara Kanada adalah antara negara terawal yang memandang serius tentang perubatan ganja ini dan mencipta industri ganja bernilai RM250 bilion di masa akan datang. Sebuah syarikat farmasi berasas ganja di Kanada, Tilray sekarang sudah bernilai RM50 bilion di pasaran saham.

Cabaran buat negara selepas ini adalah bagi membezakan ganja untuk perubatan dan ganja yang dihisap untuk khayal. Tetapi adakah salah untuk mengambil ganja secara suka-suka? Ini kerana kalau dibanding dengan rokok, ganja jauh lebih baik kerana tidak dicampur dengan pelbagai jenis bahan kimia yang merbahaya, namun oleh kerana rokok memberi pulangan tinggi cukai kepada negara, ia dibenarkan dan tidak diharamkan penjualannya.

Kerajaan Belanda mengkategorikan ganja sebagai dadah tidak berbahaya, dan sejak 1976, ianya boleh diambil secara rekreasi di kedai kopi tempatan. Antara sebab kerajaan mereka berbuat demikian adalah supaya ianya diambil secara berhemah dan tidak keterlaluan dan tiada penyeludupan secara haram yang merugikan hasil negara.

ㅤMungkin negara Kanada dan Belanda boleh menjadi model terbaik untuk perlaksanaan undang-undang penggunaan ganja di Malaysia. Namun, ianya bukan semudah yang disangka dan banyak perkara lain yang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum ganja halal untuk digunakan. Anda setuju untuk halalkan ganja di Malaysia? Sila komen di bawah.


KUALA LUMPUR, Pendakwa Raya Kerajaan Malaysia memfailkan lebih daripada dua tuduhan baru terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak, termasuk pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, yang melibatkan beratus-ratus juta dolar dalam salah satu skandal kewangan yang paling mendapat perhatian dunia.

Najib mengaku tidak bersalah dan mendakwa haknya untuk perbicaraan semasa penampilan di mahkamah pada Khamis. Perhatian awam terhadap skandal di sekeliling dana 1Malaysia Development Bhd menyumbang kepada kejutan pilihan raya pada bulan Mei.

Memakai sut biru gelap, Encik Najib kelihatan tenang di ruang mahkamah berikutan semalaman dalam penjagaan pihak berkuasa SPRM dan PDRM.

Di ruang mahkamah yang dijaga rapi, Hakim Azura Alwi menolak permohonan pihak pendakwa untuk membatalkan jaminan Najib tetapi dinaikkan kepada hampir $ 850,000 daripada $ 250,000. Pendakwa sedang berusaha untuk meletakkan perintah mahkamah terhadap Najib, dengan mengatakan dia mempunyai keupayaan untuk mengganggu kes itu dengan mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan 1MDB. Peguambela berhujah bahawa dia harus tetap bebas bersuara.

Najib, 65, baru-baru ini menulis di Facebook untuk menafikan salah laku dalam urusan 1MDB. Beliau juga telah menggunakan platform itu untuk menyerang musuh dan mentornya, Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang meninggalkan parti berkuasa Malaysia selama 61 tahun, UMNO untuk memimpin sebuah parti pembangkang Pakatan Harapan yang menjatuhkan Najib dari kuasa.

Tuduhan yang dibawa terhadap Najib pada hari Khamis menjurus ke isi perut skandal 1MDB, yang berpusat pada 2.6 bilion ringgit ($ 681 juta apabila pertama dilaporkan oleh The Wall Street Journal tiga tahun yang lalu; $ 627 juta sekarang) yang didakwa dimasukkan ke akaun bank peribadinya di hadapan kempen pilihan raya 2013.

"Ia menunjukkan terdapat bukti yang mencukupi," kata N. Sivananthan, salah seorang peguam jenayah terkemuka di Malaysia. "Orang ramai sudah lama menunggu sejak pilihan raya lalu. Jumlah 2.6 bilion ringgit adalah titik permulaan krisis 1MDB tahun lalu dan memainkan peranan besar semasa pilihan raya lepas."

Najib berkata wang itu tidak datang dari 1MDB atau mana-mana entiti awam lain dan melabel ia sebagai "dana kontingensi" untuk menghadapi pilihan raya 2013.

Pegawai SPRM membawa empat tuduhan penyalahgunaan kuasa terhadap Najib, manakala siasatan polis berasingan menyebabkan 21 tuduhan pengubahan wang haram. Sekiranya disabitkan, penyalahgunaan kuasa boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara, manakala hukuman maksimum untuk pengubahan wang haram adalah 15 tahun. Denda berat juga boleh dikenakan. Pakar undang-undang mengatakan bahawa hukuman, jika ada yang dikenakan, mungkin akan disampaikan serentak.

Kerajaan Tun Mahathir, 93, sedang mencari kembali berbilion ringgit yang dipercayai telah dirompak dari dana kerajaan. Penyiasatan ke atas wang yang hilang itu telah diketepikan ketika Najib berkuasa. Skandal ini membuatkan rakyat Malaysia meluat dan membawa kepada tersungkurnya gabungan BN yang memerintah negara sejak kemerdekaan dari Britain pada tahun 1957.


Ucapan Najib kepada ibunya di Twitter ketika rumah bundanya itu dikatakan diserbu polis.

Najib telah dibebaskan dengan jaminan kerana dua caj pusingan awal difailkan pada bulan Julai dan Ogos, berpunca daripada tuduhan pendakwa bahawa beliau menerima lebih daripada $ 10 juta daripada unit 1MDB.

Pada bulan Jun, polis berkata mereka merampas beg tangan berjumlah 1.1 bilion ringgit, jam tangan mewah dan perhiasan dari kondo tanpa penghuni yang dikaitkan dengan Najib sebagai sebahagian daripada penyiasatan mereka. Dalam jawapan Facebook baru-baru ini, Najib meminta wang berjumlah berjuta-juta ringgit dikembalikan kepadanya.

Rampasan itu termasuk 12,000 unit barang kemas dengan nilai keseluruhan $ 109 juta, 567 beg tangan mewah, termasuk jenama seperti Hermès, Bijan, Prada dan Chanel, 423 jam tangan, kebanyakannya jenama Rolex, dan 234 pasangan jenama cermin mata hitam, kata polis.

Kerajaan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap dalang skandal 1MDB, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, yang dipercayai berada di China sekarang ini. Beijing belum mengesahkan kehadirannya tetapi mengatakan ia akan bekerjasama dengan prosiding undang-undang antarabangsa.

Jabatan Hakim A.S. mendakwa bahawa Low, yang kerap menganjurkan parti mewah dan berteman dengan bintang-bintang Hollywood dan golongan elit itu telah menggelapkan sekurang-kurangnya $ 4.5 bilion dari 1MDB antara 2009 dan 2015.

Sejak pertengahan 2016, AS telah berusaha melalui tuntutan sivil di California untuk merampas hampir $ 2 bilion aset yang didakwa dibeli dengan wang itu, termasuk kapal layar mewah, jet Bombardier, rumah-rumah besar dan royalti dari filem Leonardo DiCaprio "The Wolf of Dinding Jalan."

Jho Low, 36, menafikan salah laku dan berkata kes di Malaysia terhadapnya bermotifkan politik.


Sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi, berkompromi serta menunjukkan belas kasihan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
Perdana Menteri berkata, mereka yang berbuat demikian akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
“Kita perlu menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin kerajaan telah diberi amaran dari saya bahawa kalau terlibat rasuah (akan dikenakan tindakan).
“Kalau di negara China, pesalah rasuah ini akan ditembak mati... Tetapi mereka tidak setujulah ditembak mati (ketawa) tetapi kalau pegawai kerajaan membuat perkara tidak baik, mereka akan dikeluarkan,” katanya ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Sesi bertemakan ‘Langkah Ke Hadapan: Kebangkitan Kepimpinan Tulen’ itu dihadiri kira-kira 3,500 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) seluruh negara.
Program tersebut menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan pemimpin tertinggi negara.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.



Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia pada tahun 2016 kini telah diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka dan boleh diakses di sini: https://goo.gl/qEtLSb

Share This Article

Comment

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel